Saturday, 4 July 2015
Tips Menjadi Pengusaha Pertanian Moden
1. Minat
Setiap kejayaan sesuatu projek pertanian bermula dengan minat. Ada yang minat pertanian kerana suka bercucuk tanam. Ada yang minat kerana pulangan pertanian yang lumayan. Ada yang minat tanam tebu, tak minat tanam cili. Terpulanglah, bak kata pepatah "tepuk dada tanya selera".
2. Perancangan
Memang benar tanpa ada perancangan hala tuju, anda memiliki peluang yang kecil untuk berjaya menjadi pengusaha pertanian. Faktor utama mengapa banyak projek pertanian gagal adalah kurangnya ketahanan mereka dalam menghadapi masalah kerana tiada perancangan. Kerja-kerja membajak tanah, menanam benih, membaja, meracun, menggembur dan lain-lain perlu dirancang dengan teliti. Jika tak tahu bagaimana, rujuk kepada yang lebih arif.
3. Menetapkan Matlamat
Tanyalah kepada mana-mana petani yang berjaya, jika mereka menetapkan matlamat yang jelas, maka setiap kerja tani yang dilakukan mengarah ke matlamat itu. Bagi penanaman tebu, saya sering bertanya kepada sahabat yang berminat,
"Nak tanam untuk hasil pada bulan puasa shj atau utk hasil sepanjang tahun?".
Bukan apa, lain matlamat maka lain cara kerjanya. Silap matlamat, boleh rugi dibuatnya.
4. Ketahanan
Setiap projek pertanian walau apapun jenisnya, akan menghadapi kekangan dan masalah yang tidak henti-henti. Di sinilah ketahanan diri penting untuk mengatasi halangan dan menentukan apakah sesuatu projek mampu bertahan atau tidak.
Banyak projek pertanian seperti penanaman serai, ikan keli, dan gaharu (sebagai contoh) mengalami kegagalan kerana pengusaha tiada ketahanan diri.

Subscribe to:
Posts (Atom)